SEJARAH SKKP


Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah dahulunya ialah Government English School Merupakan sekolah Inggeris yang pertama wujud di daerah ini. Selepas Perang Dunia Kedua, Sekolah Inggeris ini telah dipindahkan ke bangunan baru dengan nama baru iaitu Tuanku Muhammad School terletak di Jalan Tampin.

Sekolah Government English School dijadikan Sekolah Melayu dengan sebutan SEKOLAH A untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 5, iaitu di bangunan baru sekarang.Sebuah lagi sekolah Melayu yang dipanggil SEKOLAH B untuk murid-murid Tahun 1hingga Tahun 3 iaitu terletak di kawasan Jabatan Kesihatan sekarang.

Kemudian kedua-dua bangunan ini telah disatukan dan dinamakan SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PILAH kerana ia terletak di Pekan Kuala Pilah ketika itu. Walaupun demikian sebutan SEKOLAH A masih ada lagi digunakan oleh sesetengah masyarakat Kuala Pilah.

Bagi menampung pertambahan bilangan murid sebuah bangunan baru tiga tingkat telah dibina pada tahun 1979 dan projek gotong-royong membina empat unit bilik kelas pada tahun 1989. Kini bilik darjah tersebut telah dirobohkan dan diganti dengan bangunan tiga tingkat pada tahun 2003.

Bangunan dan dewan yang dipinjamkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah selama beberapa tahun telah pun dipulangkan kepada pihak SKKP pada tahun 2012.

Tiada ulasan:

Catat Komen