Rabu, 15 Julai 2020

GAMBAR-GAMBAR KETIKA PERSEDIAAN GURU-GURU SEBELUM PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH SK KUALA PILAH.


















Sedikit gambar ketika warga sekolah sedang sibuk membuat persediaan sebelum kemasukan murid pada keesokannya. Selama hampir sebulan, mereka semua telah bertungkus-lumus melakukan yang termampu demi memastikan agar tiada masalah yang berlaku dan berjalan dengan lancar.

Jutaan terima kasih buat mereka. Hanya Tuhan saja yang mampu balas segala kebaikan dan pengorbanan yang dicurahkan. Semoga semuanya dipermudahkan. InsyaAllah.

VIDEO SIMULASI DATANG DAN PULANG MURID SK KUALA PILAH.


Video Simulasi Pergerakan Datang dan Pulang Murid SK Kuala Pilah 2020.

Seperti yang diketahui umum, sekolah akan menerima semula kedatangan murid Tahun 5 dan 6 pada 15/07/2020. Bagi murid Tahun 1, 2, 3 dan 4 pula, mereka akan mula bersekolah pada 22/07/2020.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sebuah video simulasi ini. Semoga jelas dan faham yer. Kami berharap agar para ibubapa atau penjaga dapat menunjukkan video ini kepada anak2 sebagai persediaan sebelum datang ke sekolah pada hari berkenaaan. Sila tekan button “share” dan selamat menonton.



Isnin, 6 Julai 2020

PEMBUKAAN SEMULA PRASEKOLAH SK KUALA PILAH.


















Tarikh: 1 Julai 2020
Hari: Rabu

Semalam telah bermulanya pembukaan semula prasekolah di SK Kuala Pilah dan juga di seluruh negeri. Turut hadir beberapa orang nazir dari jabatan untuk melawat dan memantau pergerakan serta keadaan murid prasekolah ketika datang ke sekolah.
Mereka juga telah berjumpa beberapa orang guru untuk bertanyakan tentang pembelajaran “online” sewaktu PKP dan penglibatan murid dalam pembelajaran itu. Banyak teguran dan amanat yang telah diberikan buat guru2 bagi penambahbaikan.
Kami di sini mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian pihak tuan datang melawat ke sekolah ini. Segala pesanan dan nasihat akan kami aplikasikan dalam PdPc nanti untuk lebih memberi kesan yang memberangsangkan kepada anak2 murid. InsyaAllah...

Rabu, 1 Julai 2020

VIDEO SIMULASI PERGERAKAN DATANG DAN PULANG MURID PRASEKOLAH SK KUALA PILAH.


     Video Simulasi Pergerakan Datang dan Pulang Murid Prasekolah SK Kuala Pilah . Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sebuah video simulasi ini. Semoga jelas dan faham . Sila tekan button “share” dan selamat menonton ðŸ˜ŠðŸ˜ŠðŸ˜Š
Boleh juga tonton di link youtube di bawah ini ataupun ingin memuat turunnya.

PEMANTAUAN DARI PIHAK PPD SEBELUM PEMBUKAAN PRASEKOLAH SK KUALA PILAH..










    Pada hari Khamis 25/06/2020 yang lalu, sekolah telah menerima kunjungan dan pantauan dari pihak PPD iaitu Tuan KPPD Tuan Megat Affandi bin DW Hj. Ismail dan En. Mohd Zain bin Abu. Juga disertai En. Gan dan Puan Yasmin yang turut hadir sebelum itu.
    Lawatan ini bertujuan untuk memantau dan melihat segala persiapan dan persediaan yang perlu mengikut SOP bagi pembukaan semula prasekolah pada 1 Julai 2020 nanti. Tahniah buat guru2 prasekolah dan mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Kalian layak dipuji atas segala usaha yang ditunjukkan.

SESI TAKLIMAT OLEH GURU BESAR SEBELUM MEMBUAT PERSIAPAN BAGI PEMBUKAAN PRASEKOLAH SK KUALA PILAH .