Profil

SEJARAH 


Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah dahulunya ialah Government English School Merupakan sekolah Inggeris yang pertama wujud di daerah ini. Selepas Perang Dunia Kedua, Sekolah Inggeris ini telah dipindahkan ke bangunan baru dengan nama baru iaitu Tuanku Muhammad School terletak di Jalan Tampin.

Sekolah Government English School dijadikan Sekolah Melayu dengan sebutan "Sekolah A" untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 5, iaitu di bangunan baru sekarang. Sebuah lagi sekolah Melayu yang dipanggil "Sekolah B" untuk murid-murid Tahun 1hingga Tahun 3 iaitu terletak di kawasan Jabatan Kesihatan sekarang. Kemudian kedua-dua bangunan ini telah disatukan dan dinamakan Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah kerana ia terletak di Pekan Kuala Pilah ketika itu. Walaupun demikian sebutan "Sekolah A" masih ada lagi digunakan oleh sesetengah masyarakat Kuala Pilah.

Bagi menampung pertambahan bilangan murid sebuah bangunan baru tiga tingkat telah dibina pada tahun 1979 dan projek gotong-royong membina empat unit bilik kelas pada tahun 1989. Kini bilik darjah tersebut telah dirobohkan dan diganti dengan bangunan tiga tingkat pada tahun 2003.

Bangunan dan dewan yang dipinjamkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah selama beberapa tahun telah pun dipulangkan kepada pihak SKKP pada tahun 2012.

Motto

"Ilmu Suluh Hidup"


Lagu Sekolah 

Ilmu Suluh Hidup Kita ,
Cahaya Sinar Masa Hadapan ,
Tekun Usaha Mengejar Cita ,
Agar Hidup Tetap Gemilang .
 
Biar Rintangan Menghalang ,
Semangat Tetap Membara ,
Setiap Kata Pasti Dikota ,
Maju Terus Mara .
 
SKKP Tak Dilupa ,
Budi Disanjung Tinggi ,
Berganding Bahu ,
Ikrar Dipadu ,
Agar Masa Depan Mulia .


Lencana Sekolah

OBOR
Sebagai penerang untuk menuntut ilmu mencapai wawasan
HIJAU
Agama rasmi negara Malaysia
MERAH
Keberaniantabah dan gigih menghadapi rintangan
BIRU
Perpaduan rakyat yang berbilang kaum
KUNING
Daulat Diraja dan taat setia

LATAR BELAKANG BIRU
Cintakan Sekolah


Piagam Pelanggan

Bahawa kami warga SK Kuala Pilah berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan seperti berikut:

1. MAKLUMAT MURID

•Memastikan semua murid menerima P & P mencapai objektif berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
•Meningkatkan prestasi cemerlang dalam semua bidang.
•Memastikan semua murid yang memiliki displin yang cemerlang
•Mewujudkan budaya ilmu di sekolah

2. IBUBAPA/ PENJAGA
•Setiap waris murid yang berurusan dengan sekolah akan dilayan secara adil dan mesra
•Setiap aduan akan disiasat dan maklumbalas akan diberi tidak lebih dari tiga hari bekerja
•Setiap cadangan / usul yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah.

3. STAF/ PENTADBIR
•Setiap staf sekolah menerima latihan dalaman dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya dua kali setahun
•Sebarang masalah/ kesulitan yang dihadapi oleh setiap staf akan diambil tindakan segera, tidak lebih dari tiga hari
•Mengurus dan mentadbir sekolah ini sebaik mungkin

4. STATEHOLDER
Memastikan setiap arahan dan permohonan pihak Kementerian Pelajaran diambil tindakan selewatnya-lewatnya 3 hari selepas surat/ arahan diterima. 

 

Tiada ulasan: