Selasa, 17 Mac 2020

PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI MALAYSIA.







(Perutusan Khas PM)

Perintah Kawalan Pergerakan akan berkuatkuasa mulai 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Sehubungan dengan itu, kami berharap para ibu bapa dapat mengawasi pergerakan anak2 supaya mereka tidak dijangkiti oleh virus ini. Kuarantinkan diri anda di dalam rumah. Jangan pergi ke tempat awam atau tempat yang berisiko tinggi. Jangan pula ada yang pergi bercuti ke mana saja. Jangan salahgunakan cuti kuarantin ini. Sekiranya terdapat simptom2 yang berkaitan, segeralah ke klinik untuk membuat saringan.

Patuhi segala arahan yang telah ditetapkan oleh KKM dan juga pihak Kerajaan. Kami warga sekolah sentiasa mendoakan agar kita semua dilindungi olehNya dan jauh dari wabak Covid-19 ini. Semoga keadaan ini kembali reda secepat yang mungkin. InsyaAllah....

Jumaat, 13 Mac 2020

SELAMAT BERCUTI SEKOLAH KEPADA SEMUA WARGA SK KUALA PILAH 14/03/2020 HINGGA 23/03/2020.


TAKLIMAT DAN PENERANGAN TENTANG PENULARAN WABAK NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19) KEPADA MURID-MURID SK KUALA PILAH.











Sedikit taklimat dan penerangan tentang penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk murid2 supaya tidak bersalaman dengan sesiapa sahaja buat sementara waktu. Mereka diajar untuk letak tangan di dada dan tunduk hormat bagi menggantikan mereka bersalaman tangan. Jangan pula ada yang marah mereka kerana kita tidak mahu mereka dijangkiti. Harap semua ambil maklum akan inisiatif ini.
Pihak sekolah amat memandang serius akan isu ini yang kini semakin hari semakin menunjukkan peningkatan kes di beberapa tempat. Kami berharap sepanjang cuti sekolah nanti, elakkan pergi ke tempat awam sekiranya tiada kepentingan. Kuarantinkan diri seketika di rumah sehingga keadaan kembali reda. Jaga kebersihan diri dan ikut panduan yang telah disyorkan oleh pihak KKM. Kita kena bersedia dari segala kemungkinan.
Semoga kita semua berada dalam lindunganNya sentiasa. Sama2 lah kita doakan supaya kita dijauhi dari virus Covid-19 ini dan dapat jaga keselamatan diri di mana jua kita berada. InsyaAllah..


PENANGGUHAN PROGRAM SUKAN DAN AKTIVITI KOKURIKULUM BERIKUTAN PENULARAN JANGKITAN NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19)


Isnin, 2 Mac 2020

PENDAFTARAN KEMASUKAN KE TAHUN 1 SESI 2021 / 2022 SK KUALA PILAH TELAH DIBUKA.


PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE PRASEKOLAH SK KUALA PILAH TELAH DIBUKA.


KEM KEPIMPINAN PENGAWAS DAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SK KUALA PILAH 2020.




















Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya 2020 (2 hari 1 malam)

Alhamdulillah. Selesai sudah kem ini yang telah bermula dari semalam sehingga hari ini. Tahniah kepada mereka yang terlibat. Terima kasih buat semua guru yang hadir dan memberi kerjasama samada secara langsung mahupun tidak.

Tak lupa juga buat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan yang sudi membantu kami dalam menguruskan segala aktiviti untuk anak2.

Semoga dengan kem ini, anak2 dapat menimba pengalaman dan ilmu kepimpinan agar mereka semua mampu untuk mengemudi sebuah kapal bahtera yang bergelora di tengah lautan dunia suatu hari nanti. InsyaAllah ….

“WE DON’T CREATE PUPILS, WE TRAIN THEIR ATTITUDE”