(Perutusan Khas PM)
Perintah Kawalan Pergerakan akan berkuatkuasa mulai 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.
Sehubungan dengan itu, kami berharap para ibu bapa dapat mengawasi pergerakan anak2 supaya mereka tidak dijangkiti oleh virus ini. Kuarantinkan diri anda di dalam rumah. Jangan pergi ke tempat awam atau tempat yang berisiko tinggi. Jangan pula ada yang pergi bercuti ke mana saja. Jangan salahgunakan cuti kuarantin ini. Sekiranya terdapat simptom2 yang berkaitan, segeralah ke klinik untuk membuat saringan.
Patuhi segala arahan yang telah ditetapkan oleh KKM dan juga pihak Kerajaan. Kami warga sekolah sentiasa mendoakan agar kita semua dilindungi olehNya dan jauh dari wabak Covid-19 ini. Semoga keadaan ini kembali reda secepat yang mungkin. InsyaAllah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan