Sedikit taklimat
dan penerangan tentang penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan.
Pihak
sekolah telah mengambil inisiatif untuk murid2 supaya tidak bersalaman dengan
sesiapa sahaja buat sementara waktu. Mereka diajar untuk letak tangan di dada
dan tunduk hormat bagi menggantikan mereka bersalaman tangan. Jangan pula ada
yang marah mereka kerana kita tidak mahu mereka dijangkiti. Harap semua ambil
maklum akan inisiatif ini.
Pihak
sekolah amat memandang serius akan isu ini yang kini semakin hari semakin
menunjukkan peningkatan kes di beberapa tempat. Kami berharap sepanjang cuti
sekolah nanti, elakkan pergi ke tempat awam sekiranya tiada kepentingan.
Kuarantinkan diri seketika di rumah sehingga keadaan kembali reda. Jaga
kebersihan diri dan ikut panduan yang telah disyorkan oleh pihak KKM. Kita kena
bersedia dari segala kemungkinan.
Semoga
kita semua berada dalam lindunganNya sentiasa. Sama2 lah kita doakan supaya
kita dijauhi dari virus Covid-19 ini dan dapat jaga keselamatan diri di mana
jua kita berada. InsyaAllah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan