Assalamualaikum WBT pada gurubesar dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah. Terlebih dahulu saya tidak dapat hadir ke Mesyuarat PIBG ke 40 pada 7/2/2017 atas sebab kekangan kerja. Namun saya ada satu perkara iaitu sessi pembelajaran bagi murid yang menghadapi peperiksaan UPSR. Saya dimaklumkan bahawa setiap darjah di sekolah ini terdapat 3 kelas iaitu kelas Cemerlang (1), Gemilang (2) dan Terbilang (3). Untuk makluman pihak sekolah, saya hanya ada satu soalan, melalui permerhatian dan survey yang saya lakukan didapati khas untuk pelajar yang menghadapi peperiksaan UPSR iaitu: 1. Mengapa hanya kelas 6 Cemerlang diberi lebih tumpuan?
Untuk makluman pihak sekolah, saya juga dimaklumkan hanya kelas 6 Cemerlang diberi kelas tambahan setiap hujung minggu (sabtu). Sedang kelas Gemilang dan Terbilang tiada kelas tambahan pada setiap hujung minggu padahal murid kelas tersebut juga bersama-sama mengambil peperiksaan UPSR. Bagi murid-murid di kelas Gemilang dan Terbilang yang ibu bapa nya mampu boleh lah menghantar kelas tambahan di tempat lain tanpa masalah namun bagi yang tidak mampu, mereka hanya berharap kelas tambahan di Sekolah Sahaja. Saya tau, semua ini melibatkan KPI pihak sekolah dengan memberi tumpuan yang lebih kepada kelas Cemerlang. Selain itu, kelas 6 Cemerlang ditempatkan dalam kelas berhawa dingin dan cukup selesa untuk belajar. Untuk makluman pihak sekolah, anak saya berada di kelas 3 cemerlang dan 5 cemerlang. Oleh itu, saya berharap agar pihak sekolah memberi tumpuan kepada semua murid-murid yang mengambil peperiksaan UPSR tanpa mengira kelas mana murid-murid tersebut berada. Jika pihak sekolah memberi tumpuan sama adil kepada semua kelas, saya percaya KPI untuk tahun ini dan tahun seterusnya akan lebih meningkat dari tahun ke tahun. Inshaallah
1 ulasan:
Assalamualaikum WBT pada gurubesar dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah.
Terlebih dahulu saya tidak dapat hadir ke Mesyuarat PIBG ke 40 pada 7/2/2017 atas sebab kekangan kerja. Namun saya ada satu perkara iaitu sessi pembelajaran bagi murid yang menghadapi peperiksaan UPSR.
Saya dimaklumkan bahawa setiap darjah di sekolah ini terdapat 3 kelas iaitu kelas Cemerlang (1), Gemilang (2) dan Terbilang (3). Untuk makluman pihak sekolah, saya hanya ada satu soalan, melalui permerhatian dan survey yang saya lakukan didapati khas untuk pelajar yang menghadapi peperiksaan UPSR iaitu:
1. Mengapa hanya kelas 6 Cemerlang diberi lebih tumpuan?
Untuk makluman pihak sekolah, saya juga dimaklumkan hanya kelas 6 Cemerlang diberi kelas tambahan setiap hujung minggu (sabtu). Sedang kelas Gemilang dan Terbilang tiada kelas tambahan pada setiap hujung minggu padahal murid kelas tersebut juga bersama-sama mengambil peperiksaan UPSR.
Bagi murid-murid di kelas Gemilang dan Terbilang yang ibu bapa nya mampu boleh lah menghantar kelas tambahan di tempat lain tanpa masalah namun bagi yang tidak mampu, mereka hanya berharap kelas tambahan di Sekolah Sahaja.
Saya tau, semua ini melibatkan KPI pihak sekolah dengan memberi tumpuan yang lebih kepada kelas Cemerlang. Selain itu, kelas 6 Cemerlang ditempatkan dalam kelas berhawa dingin dan cukup selesa untuk belajar.
Untuk makluman pihak sekolah, anak saya berada di kelas 3 cemerlang dan 5 cemerlang.
Oleh itu, saya berharap agar pihak sekolah memberi tumpuan kepada semua murid-murid yang mengambil peperiksaan UPSR tanpa mengira kelas mana murid-murid tersebut berada. Jika pihak sekolah memberi tumpuan sama adil kepada semua kelas, saya percaya KPI untuk tahun ini dan tahun seterusnya akan lebih meningkat dari tahun ke tahun. Inshaallah
Sekian, terima kasih.
Catat Ulasan