Khamis, 18 Jun 2020

TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH SK KUALA PILAH..










TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH.

Alhamdulillah satu taklimat ringkas tentang SOP pembukaan semula sekolah telah berjaya dilaksanakan oloeh tuan guru besar kepada guru-guru dan AKP . Segala persediaan dan perancangan akan dilaksanakan oleh pihak sekolah mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN , KKM dan KPM.

Semoga ia berjalan dengan lancar bagi memastikan segala peraturan dapat diikuti oleh semua warga sekolah terutamanya para pelajar yang mana akan diumumkan kemasukannya pada bila-bila masa sahaja dari KPM. Kita sentiasa mendoakan agar wabak pandemik covid 19 ini dapat berakhir dengan segera dan vaksin ditemui secepat yang mungkin.

Segala gerak kerja akan dimulakan pada minggu hadapan yang bertarikh 24 Jun 2020 bersamaan hari rabu yang mana telah ditetapkan oleh KPM untuk semua guru mula hadir ke sekolah seperti biasa.

Tiada ulasan: