Isnin, 27 Julai 2020

CUTI PERISTIWA SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA HAJI TAHUN 2020.


Makluman Tentang Cuti Peristiwa Perayaan Hari Raya Haji Tahun 2020
Tarikh cuti: 30/07/2020-03/08/2020 (Khamis-Isnin)
Tarikh sekolah dibuka: 04/08/2020 (Selasa)
Sekian, harap maklum.

Jumaat, 24 Julai 2020

SESI BACAAN YAASIN BERAMAI-RAMAI MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA YANG DIKETUAI OLEH USTAZ SHAYZREEN.











TEMPAT MENUNGGU IBUBAPA SEMASA PULANG DIUBAH.












Alhamdulillah. Setelah membuat “post-mortem” semalam, pihak sekolah telah mengubah tempat anak2 murid berkumpul sewaktu sesi pulang yang sebelum ini berkumpul di kantin dan kini bertukar di Dewan Biduanda pula.

Sistem hari ini boleh dikatakan nampak lagi tersusun dan berkesan dari semalam. Kalau diikutkan, sesi pulang ni la yang agak pening untuk difikirkan caranya. Namun, pihak sekolah telah sedaya upaya mengerah idea dan keringat untuk memastikan perjalanan pulang anak2 mengikut SOP yang betul dengan mengekalkan penjarakan sosial. Kita perlu mencubanya dahulu.

Pihak sekolah juga telah menyediakan satu “microphone” untuk para penjaga memanggil nama anak2 mereka. Tidak perlu lagi menjerit atau memekik-mekik. Mungkin boleh karaoke pulak lepas ni mana tahu kan.

Apa2 pun, pihak sekolah sentiasa akan melihat segala kelemahan dan akan cuba untuk perbaiki dengan segera. Terima kasih buat semua warga sekolah. Kami sentiasa akan menjaga “client” kami dengan penuh dedikasi dan rasa tanggungjawab.

Terima kasih juga buat para penjaga yang telah memberi kerjasama. Kita jaga kita! 

Khamis, 23 Julai 2020

SUDUT PANITIA BAHASA CINA DAN PENDIDIKAN MORAL SK KUALA PILAH.





LALUAN PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA ATAU PKJR OLEH PANITIA BAHASA MELAYU SK KUALA PILAH.








HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN NORMA BARU BAGI TAHUN 1 HINGGA TAHUN 4 SK KUALA PILAH.
















Cerita hari pertama bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 4 kembali semula ke sekolah.
Alhamdulillah. Semuanya boleh dikatakan berjalan dengan lancar. Cuma ade beberapa perkara yang perlu ditambahbaik lagi. Hari pertama ni macam biasa la semuanya agak kalut dan tak tersusun. Mereka pun baru pertama kali jugak nak ikut semuanya. Masih tak biasa lagi dengan SOP dan norma baru. Tapi kami dah buat “post-mortem” untuk melihat setiap kelemahan yang perlu diperbaiki untuk hari yang seterusnya.
Apa2 pun terima kasih buat semua warga sekolah. Kita akan terus mengawasi dan menjaga keselamatan anak2 murid kita. InsyaAllah….