Pada hari Khamis 25/06/2020 yang lalu, sekolah telah menerima kunjungan
dan pantauan dari pihak PPD iaitu Tuan KPPD Tuan Megat Affandi bin DW Hj.
Ismail dan En. Mohd Zain bin Abu. Juga disertai En. Gan dan Puan Yasmin yang
turut hadir sebelum itu.
Lawatan ini bertujuan untuk memantau dan melihat segala
persiapan dan persediaan yang perlu mengikut SOP bagi pembukaan semula
prasekolah pada 1 Julai 2020 nanti. Tahniah buat guru2 prasekolah dan mereka
yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Kalian layak dipuji atas segala
usaha yang ditunjukkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan