Alhamdulillah. Setelah
membuat “post-mortem” semalam, pihak sekolah telah mengubah tempat anak2 murid
berkumpul sewaktu sesi pulang yang sebelum ini berkumpul di kantin dan kini
bertukar di Dewan Biduanda pula.
Sistem hari ini boleh
dikatakan nampak lagi tersusun dan berkesan dari semalam. Kalau diikutkan, sesi
pulang ni la yang agak pening untuk difikirkan caranya. Namun, pihak sekolah
telah sedaya upaya mengerah idea dan keringat untuk memastikan perjalanan pulang
anak2 mengikut SOP yang betul dengan mengekalkan penjarakan sosial. Kita perlu
mencubanya dahulu.
Pihak sekolah juga telah
menyediakan satu “microphone” untuk para penjaga memanggil nama anak2 mereka.
Tidak perlu lagi menjerit atau memekik-mekik. Mungkin boleh karaoke pulak lepas
ni mana tahu kan.
Apa2 pun, pihak sekolah
sentiasa akan melihat segala kelemahan dan akan cuba untuk perbaiki dengan
segera. Terima kasih buat semua warga sekolah. Kami sentiasa akan menjaga
“client” kami dengan penuh dedikasi dan rasa tanggungjawab.
Terima kasih juga buat
para penjaga yang telah memberi kerjasama. Kita jaga kita!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan